BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, July 26, 2009

Perancangan Perkembangan Kerjayaku

Sekiranya ditanya apakah perancangan kerjaya pada masa depan, hati saya akan terusik. Masakan tidak, soalan itu sangat bermakna bagi saya. Setiap insan pasti inginkan yang terbaik dalam hidup mereka terutama yang melibatkan kerjaya. Semenjak kecil hinggalah sekarang menuntut di UPSI, ibu bapa saya sentiasa memberi sokongan kepada saya supaya meneruskan pengajian hingga ke tahap yang tertinggi iaitu PHD. Bagi saya sukar untuk mengatakan tidak kerana saya adalah satu-satunya harapan mereka dalam keluarga buat masa sekarang dan masa hadapan.

Profesion guru adalah kerjaya yang paling dibanggai ayah saya.Katanya cikgu itu mulia.Saya pegang kata-kata itu. Itulah yang menjadikan saya lebih matang dalam menentukan perancangan kerjaya saya. Saya berharap saya dapat menyambung pengajian hingga ke peringkat phd dalam bidang pendidikan kimia selepas menghabiskan pengajian di UPSI untuk sarjana muda sains kimia. Harapan saya juga supaya dapat bergelar guru cemerlang semasa mengajar di sekolah di samping dapat menyumbangkan banyak jasa dalam bidang pendidikan sepanjang saya berkhidmat sebagai guru. InsyaAllah.Moga impian saya ini mendapat redha Allah.Saya sentiasa berdoa agar Allah murahkan saya dalam bidang pendidikan ini.Amin.

0 comments: