BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, October 14, 2009

Smartboard


Smartboard merupakan satu lagi peralatan teknologi canggih yang diperkenalkan dalam sistem pendidikan kita. Semasa kami diperkenalkan dengan alat ini, diri kami begitu teruja untuk mencuba menggunakan alat yang canggih ini. Masakan tidak, papan putih yang kelihatan biasa ini sebenarnya menyimpan seribu kecanggihan yang semestinya membuatkan kita tidak jemu menggunakannya. Sebenarnya apa itu Smartboard atau juga dikenali sebagai Interactive Smart Board(IWB)? IWB ialah satu alat teknologi yang terkini yang mampu menyampaikan pengajaran dan pembelajaran secara berkesan. Namun begitu, oleh kerana harganya yang agak mahal yang mencecah RM 15 ribu setiap satu, IWB hanya terdapat di sekolah-sekolah bestari sahaja buat masa ini. Aplikasi penggunaannya sama seperti power point juga. Tetapi faktor yang membezakan antara power point dan IWB ialah IWB boleh disentuh slide yang ditayangkan di white board itu. Itulah keistimewaanya.

Antara komponen penting yang diperlukan untuk menggunakan IWB ialah monitor, CPU, white board dan projector. Sebelum memulakan aktiviti IWB, kita mestilah memastikan komputer tersebut sudah di muat turun dan di install program IWB. Kemudian kita boleh membuka komputer dan projector seperti biasa. Pastikan semua kabel bersambung antara satu sama lain. Whiteboard akan aktif apabila komputer dibuka. Sekiranya smartboard ini digunakan di sekolah, saya pasti para pelajar dapat manfaatkan penggunaanya untuk meningkatkan lagi mutu dan hasil pembelajaran mereka. Hal ini kerana banyak teknik yang boleh dilakukan dalam smartboard iaitu menulis teks atau perkataan, melukis dan mewarna, memasukkan gambar dan menggunakan camera device. Kesemua teknik ini akan menjadikan proses pembelajaran lebih menarik dan berkesan. InsyaAllah.

0 comments: